POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

Pernahkah kamu melihat ALLAH...?????

Dicatat oleh Unknown On 3:43 PM


Pasti ramai dalam kalangan umat Islam yang diam seribu bahasa apabila ditanya orang lain, terutamanya orang kafir berkaitan Islam itu sendiri. Antara contoh ‘soalan maut’ yang diajukan kepada saudara dan saudari Islam adalah “Siapakah Allah?”, “Pernahkah kamu melihat Allah?” dan “Mengapa kamu sembahyang menghadap tiang dan dinding?” Namun, pada hakikatnya, ada jawapan logikal yang mampu diterima oleh akal yang waras.

Seorang remaja perempuan yang beragama Islam bertanya ‘soalan maut’ di atas kepada seorang remaja lelaki beragama Islam ketika berada dalam keretapi. Lelaki itu terkejut mendengar soalan sebegitu daripada perempuan itu, lalu dia bertanya. “Kamu bukan beragama Islam ka?” Perempuan itu tunduk sambil menjawab, “Dalam kad pengenalan memang saya beragama Islam, namun dalam hati, saya pun tidak tahu”


Menurut perempuan itu lagi, dia tidak akan menyembah Allah sekiranya dia tidak dapat melihat Allah. Disuruh pula lelaki itu membuktikan Allah itu ada, barulah dia akan percaya bahawa Allah itu wujud dan akan menyembah-Nya. Lelaki itu sedikit terkejut, namun cuba juga menjawab pertanyaan perempuan ini. Lelaki ini menggunakan approach atau pendekatan yang agak berbeza tetapi sungguh menarik. Menurut lelaki ini, ramai orang sudah dapat melihat Allah dengan iman dan sebenarnya ia merupakan sesuatu yang mudah dan tidak susah. Dengan hanya menggunakan pendekatan ilmu sains, perempuan itu lebih mudah memahami isu ini.

“Awak pasti tahu manusia tidak dapat melihat pantulan warna ultra ungu dan cahaya infra merah dengan hanya menggunakan mata kasar, bukan?” Perempuan itu sekadar mengangguk tanda setuju.
“Sebenarnya bukan semua perkara yang kita tidak nampak bermaksud ia tidak wujud. Sebagai contoh, bolehkah awak melihat bulu mata awak sendiri?”
“Boleh, tetapi dengan bantuan cermin” jawab perempuan itu.
“Bolehkah awak berkata bulu mata awak tidak wujud hanya kerana awak tidak dapat melihat bulu mata awak sendiri?” Perempuan itu cuma menggeleng perlahan.
“Sebenarnya, kita dapat melihat Allah dengan iman” lelaki itu memulakan penjelasan tetapi terus dipintas oleh perempuan itu. “Bagaimana pula begitu?” Akhirnya, lelaki itu menggunakan pendekatan yang lain. Dia menyuruh perempuan itu memandang sebuah cawan yang terletak berhampiran mereka selama 10 saat.
Selepas itu, lelaki itu bertanya, “Jika saya kata pada awak cawan itu telah bergerak lebih dari seinci dalam masa 10 saat yang lalu, adakah awak percaya?” Perempuan itu kelihatan agak bingung.
“Saya juga lihat cawan itu dari tadi. Tidak bergerak pun!”
Lelaki itu hanya tersenyum lalu berkata, “Saya nampak cawan itu bergerak 300 kilometer dari awal kita mula mengira.

Awak percaya atau tak?” Perempuan itu menggeleng pantas. Dia juga bertanya lelaki itu melihat cawan itu bergerak dengan apa. Pendek sahaja jawapan lelaki itu, “Dengan iman”
“Bagaimana pula begitu?” Perempuan itu menyoal lagi. Lelaki itu pula bertanya perempuan itu bahawa jika dia belajar sains, dia pasti tahu bahawa Bumi bergerak sejauh 30 kilometer dalam satu saat. Perempuan itu mengangguk, mengiayakan pernyataan lelaki itu sebentar tadi.
“Maksudnya, awak tidak ber’iman’ dengan kitab sains awak tu. Sebab kalau awak betul-betul beriman dengan kitab tu, pasti awak yakin bahawa cawan itu telah bergerak 300 kilometer dalam masa 10 saat”
Perempuan itu hanya diam membisu.
“Sebenarnya, jika kita hanya melihat dengan mata kasar, sampai bila-bila pun kita tidak akan melihat cawan itu bergerak, walaupun dengan menggunakan apa sahaja peralatan. Tetapi dengan bantuan ‘iman’ pada kitab dan ilmu sains, awak dapat melihat cawan itu bergerak melalui pandangan mata ‘iman’ awak. Awak faham?” Perempuan itu mengangguk.
“Maksud iman adalah percaya dan yakin sebenar-benarnya dengan apa yang awak percaya. Seperti contoh tadi, awak belajar ilmu sains tetapi awak tidak beriman dengan kitab sains. Oleh itu, awak tidak nampak perkara yang sampai bila-bila pun tidak dapat dilihat. Samalah dengan orang Islam yang belum sampai ke peringkat iman yang sempurna. Mereka tidak akan dapat ‘melihat’ Allah sampai bila-bila”

credit to:
Dari Kajian, Pemerhatian serta Pandangan,
Amalina binti Mohamed Zakaria
(Penulis Bebas Blog Minda Maya)


Fazmys Online

Please Share it! :)

0 Response to "Pernahkah kamu melihat ALLAH...?????"

Post a Comment

Pengkritik

Followers

    Statistik

    Fazmys Online Group

    Join Geng Fazmys

    Fazmys Online

    Klik Untuk Maklumat Lanjut

    Blog Archive

    About Me