POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

3 golongan manusia

Dicatat oleh Unknown On 12:02 PM



Tahukah anda menurut ahli falsafah semua manusia di dunia ini boleh dibahagikan kepada tiga golongan utama iaitu:

1. Mereka yang tidak tahu apa yang mereka tidak tahu dan tidak tahu juga apa yangmereka sudah tahu.

2. Mereka yang tahu apa yang mereka sudah tahu tetapi tidak tahu apa yang mereka tidak tahu

3. Mereka yang tahu apa yang mereka sudah tahu dan tahu juga apa yang mereka tidak tahu

Golongan pertama iaitu tidak tahu apa yang tidak tahu dan tidak tahu juga apa yang sudah tahu dipanggil orang bodoh. Mereka ini tidak tahu apa yang mereka tidak tahu dan tidak tahu apa yang mereka sudah tahu. Oleh itu mereka tidak cuba belajar kerana mereka tidak tahu apa yang mereka perlu pelajari. Dunia mereka seperti katak di bawah tempurung dan mereka tidak pernah menghiraukan fenomena alam. Mereka tidak pernah berusaha untuk belajar sesuatu yang mereka tidak tahu dan tidak pernah berusaha juga mengambil tahu apa yang mereka sudah tahu. Ilmu mereka tidak bertambah - cuma belajar dari pengalaman saja.

Manusia dari golongan kedua ini pula lebih baik sikit dari golongan pertama. Mereka sudah tahu apa yang mereka sudah tahu. Oleh itu mereka sentiasa berlagak seperti orang pandai kerana mereka menganggap diri mereka sudah tahu sehingga ada yang menganggap mereka lebih tahu dari orang lain. Akibatnya mereka sentiasa menunjuk-nunjuk kepada orang lain kononnya mereka lebih tahu. Malangnya mereka tidak tahu apa yang mereka belum tahu. Mereka tidak tahu ada banyak lagi yang mereka belum tahu. Ilmu mereka terhenti setakat mana yang mereka sudah tahu saja kerana mereka tidak tahu apa yang mereka tidak tahu atau belum tahu. Orang begini dinamakan dungu atau sombong. Cerdik mereka tidak boleh diikut dan bodoh mereka tidak boleh diajar.

Golongan ketiga itulah yang dipanggil orang bijak. Mereka tidak pernah berhenti belajar kerana mereka tahu ada banyak perkara yang mereka belum tahu atau tidak tahu. Mereka tidak pernah berlagak atau menunjuk-nunjuk kepada orang lain kerana mereka anggap diri mereka masih perlu belajar perkara-perkara yang mereka belum tahu. Mereka sentiasa merendah diri dan selalu bersiap sedia untuk menambah ilmu. Oleh sebab mereka sudah tahu apa yang mereka sudah tahu, mereka bersedia pula memberi tahu kepada orang yang tidak tahu dan kerana mereka tahu apa yang mereka belum tahu, mereka sentiasa membuka minda untuk mempelajari sesuatu yang baru. Dengan itu jadilah mereka orang yang tahu dan dalam masa yang sama mereka tidak pernah mengatakan mereka sudah tahu kerana masih banyak perkara yang mereka masih belum tahu.

Itulah tiga golongan manusia. Anda berada di golongan mana ?

Please Share it! :)

2 Response to "3 golongan manusia"

  1. saya golongan mana ya??hahaha..saya pon tidak tahu saya golongan mana,..huhuhu

     

  2. fazmys Said,

    ahakz..cik harz sdri xtau ker?mknanya harz golongan ni

    1. Mereka yang tidak tahu apa yang mereka tidak tahu dan tidak tahu juga apa yangmereka sudah tahu.

     

Post a Comment

Pengkritik

Followers

    Statistik

    Fazmys Online Group

    Join Geng Fazmys

    Fazmys Online

    Klik Untuk Maklumat Lanjut

    Blog Archive

    About Me